TAHUN

HURAIAN


1952

Diasaskan oleh beberapa orang pengasas utamanya yang terdiri daripada bekas pengetua yang pertama iaitu Al Marhum Tuan Haji Abdullah Mukri bin Haji Ahmad, bekas pengerusi Lembaga Tadbir dan ADUN Sungai Besar iaitu Al Marhum Tuan Haji Abu Samah bin Nordin, Al Marhum Raja Abdullah (bekas penghulu) dan Tuan Haji Mohd Nor bin Haji Abdullah (bekas ketua kampung Sungai Besar).


1957

Sebuah bangunan baru yang diperbuat daripada kayu telah didirikan di tapak yang sama dengan bantuan Kerajaan Persekutuan (Bantuan Rancangan Luar Bandar).


1962

Dirasmikan oleh Al Marhum DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan pada 2hb Januari 1962. Bermula dari saat itu sekolah ini telah diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai pengelolanya.


1986

Kerajaan Selangor telah membina bangunan yang baru di atas tanah kerajaan seluas 12.22 ekar yang terletak di Jalan Baru Kampung Nelayan Sungai Besar. Sekolah baru ini mempunyai tiga blok bangunan dua tingkat yang dilengkapi dengan kantin, perpustakaan, makmal sains, pejabat dan bilik solat.


1987


Sekolah ini mula digunakan pada Januari 1987 bersamaan 23 Jamadil Awal 1407 dan dikenali dengan nama Sekolah Agama Menengah Sungai Besar (SAMSB). Empat tahun selepas itu, pada 27hb Julai bersamaan 15 Muharram 1412 sekolah baru ini telah dirasmikan oleh Al Marhum DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Secara rasminya sekolah ini telah ditukar nama dari Sekolah Agama Menengah Sungai Besar kepada Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah (SAMTAJ) bersempena nama nenda Sultan Selangor.