Bahawasanya, kami guru-guru SAMTAJ dengan penuh tekad dan iltizam dan berjanji akan memberi seluruh perhatian dan usaha kami untuk :
  
MURID
  • Memastikan semua murid-murid mempunyai kesedaran dan boleh mendirikan solat lima waktu sehari semalam.
  • Memastikan semua murid diasuh bersama mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

 GURU DAN KAKITANGAN
  • Mempertingkatkan kualiti dan pengajaran pembelajaran selaras dengan kehendak masyarakat dan Negara dengan bantuan media pendidikan terkini.
  • Mempertingkatkan semangat kerja berpasukan serta penghayatan konsep dan Falsafah Budaya Kerja Cemerlang.
  • Melahirkan guru-guru yang berkualiti dan mempunyai kesempurnaan yang kuat sebagai contoh tauladan kepada murid, kakitangan SAMTAJ dan masyarakat.

IBU BAPA / PENJAGA
  • Memastikan ibu bapa sentiasa memantau segala pergerakan dan perlakuan anak-anak mereka serta memberi bimbingan yang sewajarnya kepada anak-anak mereka.
  • Sentiasa bersedia menerima pandangan dan teguran membina ibu bapa/ penjaga bagi meningkatkan prestasi surau dan latihan amali solat.
  • Membantu guru untuk program pengimarahan dan pengurusan dana surau dari masa ke semasa.

KEMENTERIAN / JPN / PPD
  • Sentiasa bersedia mematuhi dan melaksanakan segala arahan dan pekeliling yang diterima.
  • Sentiasa cepat dan tepat menyediakan serta menghantar laporan atau maklumat yang diperlukan oleh jabatan dan kementerian.

Click banner untuk kembali ke