PERATURAN AM 

1. Pengurusan surau ini adalah dikelolakan oleh sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh pihak sekolah dengan bidang tugas yang telah ditetapkan.

2. Surau ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan ibadah solat, melaksanakan amali pendidikan Islam, sambutan hari-hari Kebesaran Islam dan aktiviti-aktiviti pendidikan serta kemasyarakatan.

3. Semua jamaah dikehendaki menjaga kebersihan dan keceriaan surau serta memastikan ia sentiasa dalam keadaan yang memuaskan.

4. Semua barang dan peralatan surau hendaklah dijaga dengan selamat. Ia tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran daripada pengerusi atau jawatankuasa.

5. Tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam surau ini beberapa bahan / peralatan berikut :
- Senjata-senjata tajam dan merbahaya dan apa-apa bentuk seumpamanya.
- Bahan-bahan dan gambar-gambar lucah, majalah hiburan dan penerbitan-penerbitan berunsur politik serta risalah-risalah ajaran sesat.
- Barang-barang makanan dan minuman.

6. Tidak dibenarkan menampal bahan-bahan penerbitan, poster atau risalah tanpa mendapat keizinan daripada pengerusi atau jawatankuasa surau.

7. Tidak dibenarkan menjadikan surau sebagai tempat melepak, tidur, menyalin dan menukar pakaian.

8. Semua jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan eletrik dan air serta memastikan suis-suis lampu, kipas angin, PA sistem serta pili paip ditutup semula setelah digunakan.


PERATURAN TATASUSILA 

1. Memakai pakaian yang suci, bersih, kemas dan bersopan ketika ke surau.
  • Waktu persekolahan = memakai pakaian seragam sekolah.
  • Waktu diluar persekolahan = memakai pakaian seragam sekolah atau pakaian yang dibenarkan oleh undang-undang sekolah.

2. Dilarang memakai “t-shirt” yang “fancy” yang mengandungi gambar karton, iklan tertentu dan sebagainya. Juga dilarang memakai seluar jeans ke surau.

3. Masuk ke dalam surau dengan mengambil wuduk terlebih dahulu.

4. Melangkah masuk dengan kaki kanan sambil berdoa dan memberi salam kepada Jemaah yang lain.

5. Mengambil tempat duduk “saf” pada saf bahagian hadapan (saf pertama) dan diikuti saf berikutnya.

6. Merapatkan “saf” dan menghidupkan budaya salam dan berjabat tangan dengan jemaah lain.

7. Duduk dalam keadaan Khusyuk, tawadhuk dan bersopan serta menghadap kea rah kiblat.

8. Memperbanyakkan aikrullah ketika berada dalam surau samsa ada dengan membaca Al-Quran, bertasbih, bertahmid, berselawat dan membaca asmaul husna atau solat sunat.

9. Mengelakkan diri daripada melakukan keriuhan sama ada dengan berbual kosong, bergurau, meninggikan suara dan sebagainya di dalam surau, ianya boleh mengganggu orang yang sedang beribadah.

10. Menghormati azan dan iqamah serta menjawabnya dengan sempurna.

11. Amat dilarang melintas di hadapan orang yang sedang bersembahyang.

12. Amat dianjurkan dan digalakkan berwirid, berdoa dan bersalam sebelum meninggalkan surau.

13. Keluar dengan kaki kiri diirigi dengan doa.

Click banner untuk kembali ke