Penjelasan warna

Kuning
Melambangkan kedaulatan Raja bersempena nama sekolah yang diambil dari nama nenda Sultan Selangor
Hijau
Melambangkan agama Islam
Merah
Melambangkan keberanian
Putih
Melambangkan kesucian

Penjelasan lambang


Lambang Padi

Melambangkan penubuhan sekolah ini adalah hasil kutipan derma orang ramai sebanyak sepuluh sen yang diambil daripada setiap guni padi
Lambang Kitab

Melambangkan pegangan dan panduan hidup yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah
Lambang 3 bola tersusun

Melambangkan aktiviti/kegiatan kokurikulum yang dijalankan seiring dengan perkembangan kurikulum
Lambang set geometri

Melambangkan keseluruhan kegiatan dalam bidang akademik termasuk ilmu matematik dan lain-lain.
Banner

Memuatkan nama dan alamat sekolah melambangkan identiti