LAGU SEKOLAH


LIRIK LAGU SAMTAJ SUNGAI BESAR

Sekolah Agama Menengah
Tengku Ampuan Jemaah
Terus berjaya maju usaha
Dengan iringan doa

Para gurunya bagai pelita
Menerangi tiap jiwa
Ikhlas mengajar kami mengejar
Cita-cita yang mulia

Gerak maju ke arah dituju
Berbekal azam tekad yang satu
Allahu Ya Allah (3x)
Berkatilah rahmatilah
Segala usaha hingga berjaya

Berilmu Beriman Beramal
Cogankata yang tertera
Kami berbangga menjadi warga
Di SAMTAJ yang tercinta

Kejayaan pastiku genggam
Tanpa mengenal kalah
Dalam mencari ilmu hakiki
PadaMu kami berserah